Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki berusia 59 tahun pada Ahad lepas yang disyaki akibat diserang virus misteri.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan dilakukan bersama JKN Selangor kerana mangsa sebelum itu mengadakan kunjungan ke Kajang, Selangor.
"Buat masa ini, pihak kami percaya punca jangkitan itu adalah daripada bakteria Kledsiella Pneumonia A Typical tetapi belum dapat disahkan lagi...kita dimaklumkan mangsa adalah penghidap diabetes, hipertensi dan asma," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Dr Ahmad Razin mengulas laporan akhbar hari ini mengenai seorang lelaki meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal di Hospital Tanah Merah selepas kedua-duanya mengalami sesak nafas dan batuk teruk sebaik pulang daripada bercuti di Kajang.
Mengulas lanjut, Dr Ahmad Razin berkata pada 27 hingga 31 Januari lalu, mangsa berkunjung ke Kajang kerana mengadakan majlis perhimpunan keluarga bersama 38 orang yang lain.
"Ketika itu, mangsa mulai batuk serta demam sebelum pulang pada 4 Februari lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM) kerana sesak nafas tetapi meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada keesokan harinya disebabkan radang paru-paru," katanya.
Mengenai seorang lelaki berusia 29 tahun yang berada dalam keadaan kritikal di HTM, Dr Ahmad Razin berkata mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur hadir pada majlis perjumpaan keluarga itu, turut mengalami demam dan batuk.
"Beliau dikatakan pulang ke Tanah Merah pada 6 Feb untuk menziarahi jenazah kes pertama namun dia kini dirawat di HTM pada 8 Feb apabila keadaannya semakin teruk. Mangsa kedua kini diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi HTM malah turut didiagnos menghidap radang paru-paru atau 'Severe Pneumonia'," katanya.
Beliau berkata 11 lagi daripada anggota keluarga sama, dikesan mengalami gejala demam dan batuk manakala dua daripadanya dimasukkan ke hospital untuk pengawasan.
"Kesemua yang lain dinasihatkan supaya berada di rumah, mengelak berada di tempat awam dan mengamalkan kebersihan diri terutamanya ketika bersin, batuk dan basuh tangan," katanya.
Dr Ahmad Razin berkata siasatan mendapati kesemua 39 anggota keluarga terbabit tidak mempunyai sejarah lawatan ke luar negara termasuk mengerjakan umrah.
Katanya pihaknya juga akan menghantar spesimen ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk kajian dan keputusan ujian itu akan membantu siasatan punca sebenar jangkitan paru-paru itu. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 09 2017
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir (gambar) berkata siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan dilakukan bersama JKN Selangor kerana mangsa sebelum itu mengadakan kunjungan ke Kajang, Selangor. - Gambar fail
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Punca kematian seorang lelaki disyaki diserang virus misteri sedang disiasat - JKN Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki berusia 59 tahun pada Ahad lepas yang disyaki akibat diserang virus misteri.