Kerajaan Perlis bercadang menjadikan tahun 2021 sebagai Tahun Melawat Perlis selepas Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof.
Bagi menjayakan program itu, katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan Negeri.
"Bagi menjadikan Tahun Melawat Perlis suatu kenyataan, kerajaan negeri membuat kajian dan perancangan untuk dibentangkan pada mesyurat Exco tidak lama lagi untuk diputuskan," katanya kepada media semasa ditemui pada Majlis Aidlfitri Bersama Rakyat peringkat negeri di Dewan 2020 di sini, pada Selasa.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis itu.
Tuanku Tengku Fauziah turut berkenan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan anggota-anggota Exco Kerajaan negeri merupakan antara lebih 15,000 orang yang hadir.
Azman berkata pusat-pusat pelancongan di Perlis akan dinaik taraf supaya lebih selesa untuk dikunjungi terutama oleh pelancong luar.
Statistik menunjukkan purata kira-kira empat juta pelancong mengunjungi Perlis dalam tempoh tiga tahun lepas dan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negeri ini, katanya.
"Daripada aspek kewangan, kita hadapi sedikit masalah namun perkara boleh diatasi kerana kita akan libatkan pelbagai pihak seperti Badan Bukan Kerajaan, orang ramai dan pihak berkepentingan seperti penggiat pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Kerajaan Perlis bercadang menjadikan tahun 2021 sebagai Tahun Melawat Perlis.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
'Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan agar tidak pupus'
Pengaruh media sosial antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.
KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini
Ia boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan membantu sektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif sesuai.
Kekurangan bekalan telur ayam bersifat sementara - KPDNHEP
Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.
KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.
Azman dilantik KSU KPDNHEP baharu, Hasnol Zam Zam ke SUK Perlis
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Azman Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang baharu berkuat kuasa esok.
Perlis lancarkan e-Book kongsi rahsia perangi COVID-19
Buku itu juga mengupas kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan masyarakat dalam memerangi COVID-19.
Pusat pelancongan dinaik taraf sempena Tahun Melawat Perlis 2021
Azman berkata pusat-pusat pelancongan di Perlis akan dinaik taraf supaya lebih selesa untuk dikunjungi terutama oleh pelancong luar.