Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat pengajian pergigian terbesar di negara ini, sudah sedia untuk beroperasi setelah kampusnya di Sungai Buloh, dekat sini siap dibina pada 28 Ogos lalu.
Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.
Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia.
Katanya selain menempatkan kemudahan akademik untuk penuntut universiti itu, fakulti berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam.
"Apabila bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi, kita mengganggarkan seramai 205 pesakit dapat diberikan rawatan dalam satu-satu masa dengan jumlah pesakit sehari 400 hingga 500 orang," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.
Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof, sementara Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.
Sahol Hamid berkata dengan adanya kampus itu, ia diharapkan dapat melahirkan graduan bidang pergigian yang lebih kompeten dan profesional dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Adanan Mohamed Hussain dalam ucapannya berkata projek berkenaan yang sepatutnya menelan belanja RM94.4 juta menghadapi sedikit masalah sebelum ini apabila kontraktor yang dilantik gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi.
Katanya kontraktor lain telah dipilih untuk menyambung projek itu yang akhirnya disiapkan pada 28 Ogos lalu dengan kos semasa yang lebih rendah iaitu RM73.8 juta.
Bernama
Tue Sep 01 2015
Menurut Sahol (gambar), bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini. - Gambar Fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Pusat pengajian pergigian terbesar milik UiTM siap dibina
Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.