PUTRAJAYA:Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada Sabtu depan, pihaknya akan mengadakan perbincangan ketiga dengan hospital swasta untuk meneliti butiran dan pelaksanaan teknikal bagi pusat itu.
"Kami akan membincangkan semua isu yang ada dan cuba menyelesaikannya selain menyelaras proses kerja dalam rundingan meja bulat antara sektor awam dan swasta.
"Jadi kami berharap apabila kami menubuhkan pusat penilaian COVID-19 itu, sesetengah kumpulan pesakit boleh diuruskan oleh sektor swasta," katanya pada sidang akhbar perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sejak gelombang kedua COVID-19 melanda negara ini, sektor swasta sudah menghulurkan bantuan kepada kerajaan termasuk menggerakkan pakar dan kakitangan mereka untuk bertugas di Hospital Sungai Buloh.
Dr Noor Hisham berkata penyelarasan yang bakal dilakukan bukan hanya dari segi pengurusan pesakit COVID-19 malah mereka turut melihat kepada pusat haemodialisis kerana kebanyakan kes haemodialisis bergantung kepada sektor kesihatan swasta.
"Sebagai contoh di Tawau, Sabah, kakitangan swasta di sebuah pusat haemodialisis telah dijangkiti dan dikuarantin namun perkhidmatan perlu diteruskan kerana jika tidak, pesakit tidak mempunyai akses kepada haemodialisis.
"Justeru, kami daripada sektor awam telah menghantar kakitangan kami untuk mengendalikan perkhidmatan di sana," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari.
"Setakat ini, kita mempunyai 68 makmal yang menjalankan 70,000 ujian RT-PCR setiap hari dan keupayaan makmal ini akan dipertingkat. Kita juga akan tambah saringan COVID-19 dengan menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag)," katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti swasta serta makmal swasta diperlukan bagi meningkatkan kapasiti makmal.
"Kami menggalakkan pihak swasta untuk tampil dan membantu meningkatkan kapasiti makmal... kita perlu memaksimumkan penggunaannya," kata beliau.
Mengulas peningkatan kes dan kluster yang mempunyai kaitan dengan pengebumian, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesyorkan agar majlis itu tidak dihadiri lebih 20 orang bagi mengelak potensi dijangkiti.
"Sememangnya kami faham bahawa majlis pengebumian mempunyai kaitan dengan kesensitivitian budaya malah agama yang juga merupakan satu situasi penuh emosi namun kami berharap mereka yang terlibat akan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan dan mendapatkan permit polis terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021
Dr Noor Hisham juga berkata kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti swasta serta makmal swasta diperlukan bagi meningkatkan kapasiti makmal.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.