Pusat tahfiz terbakar: 'Semua mayat terbakar' - Ketua Polis KL

Pusat tahfiz terbakar: 'Semua mayat terbakar' - Ketua Polis KL
AMAR SINGH: Mayat ditemui di dua lokasi di tingkat tiga bangunan tersebut yang dihuni oleh 36 pelajar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, pada pagi tadi ditemui dalam keadaan terbakar dan terbaring di atas satu sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mayat ditemui di dua lokasi di tingkat tiga bangunan tersebut yang dihuni oleh 36 pelajar.

“Siasatan mendapati keadaan 24 mayat adalah terbakar dan mereka terbaring di atas satu sama lain,” katanya apabila ditemui oleh wartawan selepas melawat tempat kejadian.
(Kiraan awal menunjukkan 24 penghuni terkorban, namun Astro AWANI mendapat angka terbaharu iaitu 23 maut, empat serius dan tiga cedera ringan).

BACA: Pusat tahfiz terbakar: Kerajaan negeri sedia tawarkan bantuan - MB Selangor

Beliau berkata kebanyakan penghuni terperangkap dan tidak dapat diselamatkan kerana pusat tahfiz tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar.

Kebakaran tersebut dipercayai bermula di pintu keluar.

Tingkap bangunan juga tidak mempunyai ciri keselamatan yang boleh digunakan semasa kecemasan.

Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan pusat tahfiz itu.