Mayat satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi penumpang pesawat malang AirAsia Indonesia diterbangkan ke sini hari ini dari Indonesia dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Mayat Sii Chung Huei, 56, tiba di pangkalan TUDM di sini dengan pesawat C130 Hercules pada 2.20 petang.
Ketibaan mayat ahli perniagaan itu disambut anggota keluarga serta petugas AirAsia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak. Isteri mendiang, Annie Wong Mun Ngiik, adalah pensyarah di UiTM Sarawak.
Wong serta anak lelaki dan anak perempuannya adalah antara mereka yang mengiringi mayat Sii dalam penerbangan dari Surabaya itu.
Pegawai perhubungan tentera Kapt Mohd Hafiz Mohd Sabilah berkata cuaca buruk menyebabkan pesawat berkenaan tiba kira-kira 50 minit terlewat daripada waktu yang dijadualkan. Pesawat itu dikendalikan juruterbang Lt Kol Nor Mohamad Jafri Suboh dan Kapt Mohamad Samsul Mohamad Yusof.
Kapt Mohd Hafiz menyampaikan permintaan keluarga Sii kepada pemberita supaya menghormati privasi mereka dan tidak meminta mereka memberi sebarang komen.
Sii akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park di Siniawan, Bau, dekat sini, pagi esok.
Mendiang adalah antara 162 penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa dalam cuaca ribut pada 28 Dis tahun lepas.
Setakat ini, 100 mayat telah dikeluarkan dari laut oleh pasukan pencari. Kotak hitam pesawat itu ditemukan dua minggu lepas.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata mayat Sii dijumpai beberapa hari lepas, tetapi hanya dikenal pasti pada Isnin selepas ujian DNA.
Bernama
Wed Feb 11 2015
Mayat satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi penumpang pesawat malang AirAsia Indonesia diterbangkan ke Kuching, Sarawak hari ini. - Gambar Fail
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.