Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes cabul di sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh Polis Selangor selepas dipercayai mencabul dua wanita di Petaling Jaya dan Seapark pada hari yang sama.

"Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang dalam perjalanan ke Gombak telah diraba suspek ketika menaiki escalator di LRT Masjid Jamek dan sempat merakam wajah lelaki terbabit mengunakan telefon bimbit,

"Kami ada menerima dua aduan kes cabul yang berlaku di Stesen LRT Masjid Jamek dan di dalam tren menuju ke Masjid Jamek pada hari yang sama, oleh itu kita akan siasat sama ada suspek merupakan pelakunya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil di balai polis berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Lanny Riong di talian 014-3341886 atau Pegawai Turus Siasatan Seksual/Kanak-kanak Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafa’aton Abu Bakar di talian 019-6114224.

Prasarana dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan seorang lagi suspek gangguan seksual di dalam tren Prasarana yang tular di media sosial masih gagal diberkas.

Pada 14 Disember lalu, terdapat empat kes gangguan seksual berlaku dalam rangkaian rel Rapid KL direkodkan dan Suspek yang terlibat dalam tiga kes telah ditangkap tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden kepada Polis Bantuan yang bertugas di stesen.

BACA: Awas warga KL! Si penendang wanita sudah kembali!

BACA: Lelaki tendang wanita di jejantas Bank Negara ditahan