KUALA LUMPUR: Tiga rakan kepada lelaki yang maut akibat terkena tembakan daripada selaras senapang patah di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, Hulu Langat, di sini, semalam, direman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua suspek yang berusia 36 hingga 43 tahun itu, direman sehingga 11 Julai depan.

"Ia adalah untuk membantu siasatan kes ini," katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

BACA: Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan

Semalam, seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat.

-- BERNAMA