Rakyat cintakan Malaysia, tenangkan keadaan yang tegang - Anwar

Rakyat cintakan Malaysia, tenangkan keadaan yang tegang - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat Malaysia mempertahankan keharmonian
KUALA LUMPUR : Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat Malaysia mempertahankan keharmonian dan toleransi antara masyarakat.

“Rakyat yang cintakan Malaysia yang aman dan makmur harus turut membantu menenangkan keadaan yang kian tegang,” kata beliau dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI.
Tambahnya, anasir yang mendalangi keganasan dan jenayah di kuil Sri Maha Mariamman harus segera diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ketika ini, seluruh rakyat perlu bersatu dengan penuh hikmah menolak kekerasan,” tambahnya.

Anwar turut memuat naik kenyataannya di semua platform media sosial.


Macam-macam yang berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan ini 6 berita penting yang perlu anda tahu setakat petang Selasa http://www.astroawani.com/berita-malaysia/6-berita-penting-mengenai-rusuhan-kuil-sri-maha-mariamman-192208  



Tag: AI, ANWAR IBRAHIM ISU KUIL, Ketua Umum Pakatan Harapan, Keganasan Kuil Sri Maha Mariamman, Cintakan Malaysia, Pertahankan Perpaduan, Pendirian Anwar isu kuil, Parti Keadilan Rakyat, Isu semasa, Berita hari ini


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.