KUALA LUMPUR:Jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diputuskan untuk dijalankan lebih awal, keputusan itu perlu dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Pensyarah Kanan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Murshid Arshad, demokrasi perlu dijunjung tinggi dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan.
"Jika berlaku PRU15, rakyat perlu selari dengan apa yang diputuskan dan memberi sokongan kepada proses demokrasi untuk berjalan.
"Penting untuk rakyat, terutamanya belia, meraikan proses demokrasi. Penglibatan belia sangat penting dan mereka perlu diberi pendedahan tentang politik dan proses demokrasi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI pada Ahad,
Bagaimanapun, menurut Mohd Murshid, banyak aspek perlu diteliti terlebih dahulu sebelum pilihan raya boleh diputuskan, termasuk aspek keselamatan, sosial dan kesihatan.
"Perlu ada pendekatan dan kajian terperinci untuk membuat penilaian, adakah waktu yang dipilih itu bersesuaian?
"Ini yang dibimbangi rakyat dan jika PRU dijalankan, perlu ada langkah-langkah khusus bagi memastikan ia dapat berjalan dengan selamat," ujar beliau.
Madiha Abdullah
Mon Oct 12 2020
Jika berlaku PRU15, rakyat perlu selari dengan apa yang diputuskan dan memberi sokongan. - Foto/Bernama
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang - Annuar Musa
Sokongan yang diberikan oleh rakyat pada 2019 adalah ketika UMNO bersama Pas, bukannya DAP, dakwa Annuar.