Projek Agropolitan Kelantan Selatan menelan belanja RM150 juta yang dilaksanakan di Rantau Manis, Gua Musang menguntungkan rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sejak dilaksanakan pada tahun 2009 ia telah memberi manfaat kepada 600 peserta dan ahli keluarga mereka meningkatkan taraf hidup.

Katanya Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.

Menurutnya lagi dengan inisiatif kerajaan persekutuan ini, peluang pekerjaan bukan sahaja bertambah malah mampu mengelakkan penghijrahan penduduk.

“Kita tengok di kampung semakin kurang penduduk dengan mewujudkan peluang di sini harapan mereka dapat tinggal di kampung termasuklah generasi kedua dan ketiga,” katanya lagi.

Beliau berkata kepada media selepas Majlis Perasmian Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada petang Jumaat.