Kastam Singapura menahan 25 pemandu termasuk rakyat Malaysia tahun lepas kerana menjadi keldai menyeludup rokok yang tidak dibayar duti setelah terpikat dengan iklan dalam talian untuk melakukan perbuatan itu dengan dibayar kadar upah tertentu.
Iklan dalam talian itu menerusi platfom media sosial seperti Facebook dan WeChat biasanya menawarkan upah antara S$100 (S$1=RM3.005) dan S$600 bagi setiap perjalanan penyeludupan ke Singapura.
Kesemua 25 pemandu yang ditahan itu telah dihukum penjara antara 10 minggu dan enam bulan oleh mahkamah negeri.
Menyebut mengenai kes yang melibatkan rakyat Malaysia berumur 25 tahun, Ku Kai Chien, Kastam Singapura berkata pesalah itu telah menjawab iklan dalam Facebook dan dia disuruh memandu van kepunyaannya ke satu lokasi di Malaysia bagi sindiket itu memuatkan rokok ke dalam kenderaan tersebut.
Dia kemudian disuruh memandu van itu ke Singapura dan jika berjaya menyeludup rokok berkenaan dia akan menerima upah S$400.
Bagaimanapun, Ku telah ditangkap di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 21 Mac 2018 dengan sejumlah 201 karton dan 790 paket rokok tanpa duti yang ditemui dalam beberapa ruang yang diubahsuai di dalam van tersebut.
Rokok seludup serta van dirampas manakala duti rokok dan GST yang cuba dielakkan masing-masing berjumlah S$23,910 dan S$1,750.
Pada 9 Julai 2018, Ku dihukum penjara enam bulan oleh mahkamah negeri kerana menyeludup rokok yang tidak dibayar duti ke republik itu.
Sehubungan itu Penolong Ketua Pengarah Kastam Singapura (Risikan dan Penyiasatan) Yeo Sew Meng dalam laman webnya berkata "Pemandu yang berharap dapat wang yang cepat dan mudah dengan menyeludup rokok yang tidak dibayar duti ke Singapura harus berfikir dua kali. Mereka akhirnya akan membayar harga yang tinggi jika tertangkap".
"Kami menasihatkan orang ramai agar tidak menjadi mangsa iklan dalam talian itu. Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyahut tawaran iklan dalam talian itu untuk menyeludup rokok ke Singapura," kata Yeo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 07 2019
Antara rokok yang disembunyikan dalam beberapa ruang pada rangka kenderaan. - Facebook: Singapore Customs
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan, publisiti dibelanjakan dua kerajaan terdahulu - Fahmi
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan
Untuk mengurangkan kos, Disney merancang untuk mengurangkan beberapa kandungan sedia ada pada perkhidmatan penstriman.
Tahun Baharu Cina: Iklan, filem pendek dengan unsur kekeluargaan terus jadi pilihan
Kebanyakan iklan akan menyentuh unsur sentimental seperti persahabatan dan kekeluargaan.
CGS-CIMB turunkan harga sasaran Media Prima kepada 49 sen, Wow Shop dijangka jejaskan keuntungan suku ketiga
Ia mengambil kira kadar cukai yang lebih tinggi dan hasil iklan serta jualan membeli-belah di televisyen yang lebih rendah.
Dakwaan uji format lima iklan tanpa langkau, ini jawapan YouTube
TeamYouTube memaklumkan apa yang dialami pengguna terbabit ialah format iklan yang dipanggil "iklan bamper".
Disatukan semula! Tan Hong Ming, Ummi Khazriena digandingkan lagi menerusi iklan Merdeka istimewa
Selepas kira-kira 15 tahun tahun, Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena ditemukan semula dalam semangat Hari Kemerdekaan yang sama.
Adex dijangka bertambah baik pada Q2FY22 selepas perniagaan beroperasi pada tahap optimum
Ia juga disokong oleh permintaan yang kukuh daripada pasaran domestik yang akan menggalakkan aktiviti periklanan.
Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.
Opera Cina diketengahkan dalam iklan bertemakan Keluarga Malaysia
Iklan itu akan ditayangkan pada 30 Jan dalam pelbagai bahasa.
Kontraktor ladang sawit rugi RM99,855 ditipu tawaran kerja
Lelaki berkenaan membuat bayaran menerusi 24 transaksi pada hari sama hingga Isnin lepas ke dalam tiga akaun berbeza.