Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia meminta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta, mengelak atau menjauhi kawasan-kawasan yang dirancang berlakunya demonstrasi besar-besaran hari ini.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia meminta semua rakyat Malaysia yang berada di sini untuk mematuhi setiap arahan yang keluarkan pihak berkuasa.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan di Indonesia, boleh menghubungi talian +6281380813036," kata kenyataan tersebut.
Menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan Badan Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEMSI), mereka merancang untuk mengadakan lagi demonstrasi besar-besaran petang ini di hadapan bangunan parlimen, Jalan Gatot Soebroto, dan Istana Negara di Jalan Merdeka Utara.
Ia susulan beberapa siri demonstrasi sebelum ini oleh golongan mahasiswa, pelajar dan pihak tertentu sebelum ini, menjelang majlis angkat sumpah Anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-1024, hari ini.
Proses atau upacara mengangkat sumpah 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat bermula jam 10 pagi tadi, selesai sepenuhnya kira-kira jam 12 tengah hari tadi (waktu Indonesia Barat).
Turut mengangkat sumpah adalah 136 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan 711 anggota Majlis Perwakilan Rakyat.
Kawasan sekitar parlimen Indonesia di Jalan Gatot Soebroto, Senayan itu turut dikawal ketat oleh lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan, manakala jalan-jalan di sekitar kawasan bangunan parlimen atau menghala ke parlimen, turut ditutup. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
Demonstrasi di Jakarta diadakan oleh golongan mahasiswa menjelang majlis angkat sumpah anggota Parlimen Indonesia. - Gambar AP
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Rakyat Malaysia dinasihat jauhi kawasan demonstrasi di Jakarta
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, meminta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta, mengelak atau menjauhi kawasan-kawasan yang dirancang berlakunya demonstrasi besar-besaran