Rakyat perlu bertimbang rasa, kerajaan pula perlu faham kehendak rakyat - Mustapa

Rakyat perlu bertimbang rasa, kerajaan pula perlu faham kehendak rakyat - Mustapa
MUSTAPA: Tempoh setahun terlalu singkat untuk kerajaan melunaskan segalanya.
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyeru agar rakyat harus faham bahawa tempoh setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan belum mencukupi untuk  melakukan banyak perkara dan menyelesaikan semua masalah.

Tetapi dalam masa yang sama juga kerajaan harus sedar bahawa sebagai rakyat mereka ingin melihat hasil perubahan yang diimpikan secepat mungkin.
Justeru itu barisan pemimpin dalam kerajaan sedia ada perlu bekerja lebih kuat dan terus menyelami permasalahan rakyat.

“Ada benda-benda (perkara) yang sudah dilaksanakan, dalam soal integriti umpamanya, pencapaian di Parlimen misalnya. Saya menyaksikan perubahan-perubahan yang berlaku.

"Ada juga janji-janji PH yang sudahpun ditunaikan walaupun bukan sepenuhnya. Tapi tentunya masih ada lagi yang belum ditunaikan," katanya ketika ditanya Astro AWANI mengenai pandangan beliau terhadap prestasi menteri Kabinet PH menjelang setahun pemerintahan mereka.

Apa yang penting jelasnya adalah kesungguhan kerajaan sekarang dalam melaksanakan beberapa janji yang telah diberikan sebelum ini.

Tag: Mustapa Mohamed, Pakatan Harapan, Astro, Astro Awani, Parlimen, kerajaan, kabinet, rakyat, menteri, integriti


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.