Mahkamah Tinggi Melaka hari ini gempar apabila seorang orang kena tuduh (OKT) mengalami sesak nafas dan rebah di dalam kandang tertuduh dan dikejarkan ke hospital selepas mendengar keputusan hakim terhadap rayuan hukumannya atas kesalahan mencabul pekerja kafe lelaki tiga tahun lalu.
Pada 30 Mei tahun lalu, Deraman Abu Chek, 60 tahun sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Bagaimanapun, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dibenarkan sehingga rayuan dikemukakan dan didengar oleh Mahkamah Tinggi sehingga Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid hari ini mengurangkan hukuman penjara kepada dua minggu dan menaikkan jumlah denda menjadi RM10,000.
Setelah mendengar keputusan itu, Deraman yang juga seorang pesara kerajaan secara tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Berdasarkan pertuduhan, Deraman didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada anak guamnya dan menggantikannya dengan menaikkan jumlah denda kepada tertuduh.
Bagaimanapun, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazril Ghazali bertegas memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mei 2016 lalu.
Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Khadijah memutuskan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000, sebelum keadaan mahkamah menjadi kecoh.
Astro Awani
Thu Mar 23 2017
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut. - Gambar hiasan
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Wanita didakwa dera kanak-kanak pengsan di kandang tertuduh
Prosiding Mahkamah Sesyen di sini hari ini dihentikan seketika selepas seorang wanita yang menghadapi pertuduhan kes mendera cucunya, rebah ketika berdiri di dalam kandang tertuduh semasa pertuduhan k
Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman
Tertuduh didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.
Lelaki kes samun menangis dan menjerit selepas bapa tarik jaminan
Prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini kecoh apabila seorang lelaki di dalam kandang tertuduh menangis dan menjerit-jerit selepas bapanya menarik semula jaminan.