Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Gangguan Seksual pada persidangan Dewan Rakyat hujung tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata berdasarkan perancangan asal, RUU itu sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mac lalu, namun mengambil kira perubahan struktur kerajaan terkini, cadangan penggubalan perlu dibentangkan semula untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri semasa.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang mahu tahu bilakah kerajaan akan meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah untuk melindungi mangsa hendap dan menggubal Rang Undang-undang Akta Gangguan Seksual.
Mengulas lanjut, Rina berkata draf RUU itu kini pada peringkat akhir penyediaan dan pengemaskinian oleh KPWKM.
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini menggesa KPWKM mengutamakan RUU itu kerana kerana kebanyakan mangsa (wanita, lelaki dan kanak-kanak) kes yang berkaitan gangguan seksual tidak mempunyai saluran yang tepat untuk membuat aduan.
"RUU ini amat diperlukan memandangkan undang-undang sedia ada hanya mengawal selia jenayah gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja sedangkan akta sepatutnya merangkumi ruang awam agar bersifat lebih menyeluruh," katanya.
Dr Wan Azizah yang sebelum ini menerajui kementerian itu ketika pentadbiran Pakatan Harapan, berkata KPWKM sebelum ini menetapkan persidangan pada Mac lepas untuk memperkenalkan RUU tersebut yang telah siap merangkumi definisi gangguan seksual yang lebih menyeluruh dan mekanisme pengaduan dan penyelesaian yang lebih efektif, elemen remedi dan penalti serta mengesyorkan piawaian beban pembuktian yang bersesuaian dan adil buat semua pihak yang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Rina berkata draf RUU itu kini pada peringkat akhir penyediaan dan pengemaskinian oleh KPWKM. -ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.