Rangka manusia yang ditemui dalam tangki air sah milik penuntut UiTM

Rangka manusia yang ditemui dalam tangki air sah milik penuntut UiTM
Sebuah motosikal yang ditemui di kawasan berhampiran tangki juga disahkan milik mangsa. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Polis mengesahkan rangka yang ditemui dalam tangki air di Felda Palong 12, Jempol, Mac lalu milik penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, keputusan berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat terhadap rangka berkenaan.

"Manakala sebuah motosikal yang ditemui di kawasan berhampiran tangki juga disahkan milik mangsa.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan rangka mangsa akan diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya, hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan satu rangka manusia ditemui terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di sini, pada 25 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati, rangka terbabit milik lelaki berasal dari Desa Keratong, Pahang berdasarkan dompet dan kad pengenalan di dalam seluar dijumpai bersama rangka terbabit.

Muhammad Aiman Hakim hilang 9 Julai tahun lalu sebelum bapanya membuat laporan keesokan hari.




Tag: rangka, penuntut, UiTM, Muhd Nur Hishamuddin Hashim, DNA, mati mengejut, tangki air, SAINS, Muhammad Aiman Hakim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.