Penjawat awam disyaki rogol anak kandung

Seorang penjawat awam ditahan dan direman seminggu sejak Jumaat lalu selepas disyaki merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, di Keningau pada Jumaat lalu, selepas mangsa pelajar tingkatan satu membuat pemeriksaan di Hospital Keningau, sehari sebelum tangkapan dilakukan.

Menurut polis, mangsa memberitahu mengenai perbuatan bapanya kepada seorang rakan yang membawanya ke hospital, Khamis lalu.

Kami tidak guna daging anjing ganti kambing seperti didakwa 'Udin Diraja' - Presma

Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia (Presma) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang viral di media sosial bahawa restoran India Muslim di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing dalam makanan.

Sebaliknya kejadian berkenaan berlaku di Tamil Nadu, India dan ia disiarkan secara meluas oleh portal dan saluran televisyen di negara tersebut.



MRT: Jangkaan 160,000 penumpang sehari

Pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) yang memulakan operasinya hari ini berjalan lancar dan dijangka digunakan kira-kira 160,000 penumpang sehari bermula Januari depan.



JPM tidak terlibat batal jemputan ke atas Tun Mahathir

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Jabatan Perdana Menteri tidak terlibat dalam isu pembatalan jemputan ke atas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan baginda pada 13 Disember lalu.

"Saya telah melakukan penyemakan, ia tidak datang dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ia di bawah urusan Istana Negara. Terdapat tujuh orang yang terlibat dan saya telah melakukan penyemakan, bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu," katanya.



Running Man tamat secara rasmi Februari 2017

Rancangan variety Running Man akan melabuhkan tirainya Februari tahun hadapan selepas enam tahun bersiaran.

Menurut laman web Koreaboo, pihak penerbitan membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.

Dua bintang program berkenaan, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan kekal sehingga tamat produksi.