Rapid Ferry Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali Feri Pulau Pinang, memperluaskan keistimewaan kad konsesi pelajar kepada semua pelajar di bawah umur 21 tahun termasuk pelajar asing.

Rapid Ferry dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata bahawa inisiatif baharu yang berkuat kuasa serta-merta menggantikan peraturan terdahulu yang membolehkan hanya pelajar dari sekolah kerajaan menikmati kemudahan itu.

"Ketika mengemukakan permohonan, pelajar dikehendaki menunjukkan salinan kad pengenalan atau kad pelajar mereka ke kios Rapid Ferry di Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Menurut kenyataan itu lagi menerusi pas musim konsesi, pelajar hanya membayar RM6 untuk kesahihan pas dua bulan berbanding harga pas musim biasa RM30 untuk kesahihan pas dua bulan.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi 04-313 6803 atau datang sendiri ke kios Rapid Ferry di Pangkalan Sultan Abdul Halim," katanya.

-- BERNAMA