Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini, direman lima hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan rasuah dalam pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.
Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Pegawai Pendakwanya Kamariah Seman.
Peguam Datuk Ng See Teong yang mewakili lelaki berusia 53 tahun itu semasa ditemui pemberita berkata anak guamnya ditahan di Bandar Pusat Jengka, Maran petang semalam.
Menurut Ng beliau difahamkan anak guamnya ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah RM2,500 bagi setiap pelajar yang memerlukan sijil tersebut.
Ng berkata beliau juga difahamkan siasatan melibatkan kira-kira 20 pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
Pengarah kolej swasta itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah RM2,500 bagi setiap pelajar yang memerlukan sijil tersebut. - Gambar hiasan
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai didalangi penuntut kolej swasta warga asing menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Petaling Jaya minggu lepas.
Kes lemas tidur dalam kereta: Berhenti rehat sebab pening, tidak sihat
Dalam kejadian yang disedari jam 1.40 pagi itu, rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, turut meninggal dunia manakala dua lagi rakan mereka termasuk pemandu kereta itu kritikal.
Lelaki pukul penghantar makanan direman empat hari
Lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam pada Jumaat.
Dadah dalam roti canai: Lima individu termasuk pelajar kolej swasta ditahan
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata tiga lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula 8.30 malam tadi di Setiawangsa dan Bangsar di sini.
33 IPTS ditutup tahun ini - Idris Jusoh
Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Rasuah: Pengarah kolej direman
Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Pegawai Pendakwanya Kamariah Seman.
Mayat bayi perempuan dijumpai dalam hostel kolej swasta
Polis menemui mayat bayi perempuan di dalam hostel, sebuah kolej swasta di Seremban, di sini pada Selasa, kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun.
Mayat bayi ditemui dalam loji kumbahan kolej swasta
Polis Terengganu sedang giat menjalan siasatan berikutan penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat terapung dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu.