Rasuah PRU: Sivarraajh sedia bekerjasama dengan SPRM

Rasuah PRU: Sivarraajh sedia bekerjasama dengan SPRM
Sivarraajh selepas mendengar keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat lalu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dipanggil beri keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ujarnya, dia mendapat tahu tentang perkembangan SPRM itu hanya menerusi laporan media.

"Saya hanya tahu berita bahawa SPRM telah buka kertas siasatan menerusi laporan media.
"Bagaimanapun, saya menghormati sistem perundangan negara dan sedia bekerjasama," kata Naib Presiden MIC itu ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

BACA: Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Pilihan Raya membuat keputusan membatalkan kemenangan Sivarraajh di Cameron Highlands pada PRU14 selepas terbukti wujud ada amalan rasuah di mana wang diberikan kepada pengundi Orang Asli di kawasan itu.

Sivarraajh berkata, sebagai wakil rakyat dan calon PRU, adalah satu kewajipan untuk membantu Orang Asli, bukan hanya ketika pilihan raya tetapi setiap masa.

Bagaimanapun, katanya, dia telah berhubung dengan peguamnya serta kepimpinan tertinggi MIC untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk membuat rayuan di mahkamah.





Tag: rasuah, SPRM, Sivarraajh, Cameron Highlands, mahkamah pilihan raya, PRU14, orang asli


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.