Ratu cantik Filipina, Jannie Loudette Alipo-on, dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 selepas berjaya mengalahkan 46 peserta lain pada pertandingan akhir di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Wanita berusia 25 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada pemenang tahun lepas, Ariel Pearse dari New Zealand.
Jannie membawa pulang biasisiwa bernilai RM60,000 daripada Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.
Selain gelaran utama, Maja Aleksandra,17, dari Poland memenangi gelaran Miss Tourism Metropolitan International, Lois Merry Tengel, 20, dari Indonesia (Miss Tourism Cosmopolitan), Diana Hills, 20, dari Australia (Miss Tourism Global), Julia Do Vale Horta, 23, dari Brazil (Dreamgirl of the Year) dan peserta Thailand, Tamolrut Tanon, 20, dinobatkan sebagai Miss South East Asia.
Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan, 24, memenangi gelaran Miss Glowing Glojas.
Pertandingan ratu cantik dengan tema 'Menggalakkan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan' itu adalah platform untuk mencari bakat antarabangsa bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2017
Jannie membawa pulang biasisiwa bernilai RM60,000 daripada Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan. Facebook Jannie Loudette Vicencio Alipo-on
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Ratu cantik Filipina dinobat Miss Tourism International 2017/2018
Wanita berusia 25 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada pemenang tahun lepas, Ariel Pearse dari New Zealand.