Mesyuarat Kaukus, Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai isu dakwaan salah laku beberapa hakim kanan negara diwujudkan.

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi keputusan selanjutnya.

"Mesyuarat Kaukus, agenda reform bermula dengan sangit mengemukakan pandangan krisis dan permasalahan badan kehakiman meneruska dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat salah laku beberapa isu sensitif melibatkan hakim.

"Kita (Kaukus) setuju akan panjangkan kepada kabinet sebenarnya Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pun telah setuju," ujar Anwar kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen pada Isnin.

Pada Februari lalu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, mendedahkan, terdapat dakwaan campur tangan terbuka Badan Kehakiman, membabitkan salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.