Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan pertubuhan hak asasi manusia, Fortify Rights, berharap kerja-kerja yang dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden Wang Kelian, Perlis, dibuat dengan telus, mudah diakses dan terbuka kepada orang awam.
Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata mereka mencadangkan agar RCI mengenal pasti mereka yang dipercayai bertanggungjawab terhadap jenayah itu dan dikenakan pendakwaan jenayah di Malaysia serta tindakan terhadap individu bertanggungjawab yang melampaui pendakwaan jenayah.
Beliau berkata, suruhanjaya perlu mempertimbangkan pembaharuan institusi dan/atau undang-undang yang diperlukan untuk menangani kekurangan yang mungkin menyumbang kepada insiden Wang Kelian itu.
"Laporan itu menggalakkan RCI membuktikan fakta dan keadaan berlakunya pemerdagangan manusia, kematian, kubur besar dan penguatkuasaan undang-undang yang bertanggungjawab terhadap kubur besar di Wang Kelian serta pemerdagangan orang Islam Rohingya ke Malaysia dari 2012 hingga 2015," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Laporan Penyiasatan mengenai Insiden Wang Kelian oleh Suhakam dan Fortify Rights di sini, pada Rabu.
Laporan itu mencadangkan mereka yang terselamat daripada serangan di negara ini layak mendapat perlindungan di bawah undang-undang Malaysia sebagai orang terselamat daripada penyeludupan manusia, dan dalam hal Rohingya, perlindungan sebagai pelarian.
Berdasarkan penemuan itu, ia menyarankan agar tindakan diambil terhadap individu dari agensi penguatkuasaan sekiranya terbukti terdapat kelewatan dalam penyiasatan terhadap insiden Wang Kelian dengan sengaja dan berhasrat memusnahkan bukti.
Pada 5 Mac, Bernama melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengumumkan tujuh anggota RCI yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, untuk melihat kepada penemuan kem-kem sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis.
Menurut laporan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai adalah timbalan pengerusi RCI manakala lima anggota lain ialah bekas Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara Datuk Noorbahri Baharuddin; Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail; bekas Ketua Penyelidikan di Jabatan Peguam Negara Datuk Junaidah Abdul Rahman; bekas Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin dan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw.
RCI dijangka mengambil masa enam bulan untuk menyelesaikannya dan laporan mengenai penemuannya akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada 2015, negara dan dunia dikejutkan tentang penemuan kubur besar dan beberapa kem transit di Wang Kelian yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia, di mana sejumlah 147 kubur dengan 130 rangka manusia telah dijumpai, yang kemudiannya membawa kepada penangkapan 44 warga asing.
Tragedi yang melibatkan mangsa dari masyarakat etnik Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh juga menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2019
Penemuan kubur besar di Wang Kelian membuka kisah ngeri pemerdagangan orang Islam Rohingya ke Malaysia suatu masa dahulu. - Gambar fail
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia
Situasi pelarian Rohingya diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila 'ejen' yang kononnya mahu membela nasib etnik itu rupa-rupanya merupakan sindiket pemerdagangan manusia.