Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis menggariskan lapan terma rujukan dalam siasatan tersebut.
Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria berkata pihaknya akan meneliti semua dokumen dan bukti serta menyiasat berkaitan dengan kes tersebut.
“Kami juga akan menyiasat prosedur semasa dan selepas kejadian yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
“Menjalankan siasatan terhadap pegawai-pegawai penyiasat, saksi-saksi dan mana-mana individu yang difikirkan perlu,” katanya pada ucapan pembukaan prosiding yang berlangsung di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bermula hari ini.
Selain itu, Arifin yang juga bekas Ketua Hakim Negara berkata pihaknya juga akan menyiasat sama ada penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap prosedur-prosedur penguatkuasaan selepas kejadian.
Malah, katanya RCI akan turut mengenal pasti implikasi terhadap negara selepas kejadian selain mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh kerajaan.
RCI itu juga akan mengemukakan laporan siasatan kepada Yang DiPertuan Agong selepas laporan lengkap disediakan.
Beliau pada masa sama menyeru mana-mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian.
Arifin yang mengetuai prosiding itu dibantu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan lima ahli RCI yang lain.
Mereka ialah bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail; bekas Ketua Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Noorbahri Baharudddin; bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abdul Rahman; bekas Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 17 2019
Arifin berkata pihaknya akan meneliti semua dokumen dan bukti serta menyiasat berkaitan dengan kes tersebut. -Gambar fail/Bernama
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
PNB umum dividen ASB 4.25 sen, bonus 0.75 sen
PNB mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Khalid dakwa Takiyuddin cuba takutkan rakyat
Khalid Samad mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan seolah-olah cuba mendiamkan bantahan orang ramai terhadap proklamasi darurat.
Tun Arifin janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin
Pelantikan Arifin dan 18 individu lagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.
RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.
RCI Wang Kelian: 'Kenapa klasifikasi sebagai Kertas Enkuiri Polis?'
Isu tersebut berbangkit ketika sesi pendengaran awam saksi ke-12, Superintendan Rizani Che Ismail yang pada kejadian itu, beliau merupakan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.
RCI Wang Kelian memasuki hari kedua
Hari kedua sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian menampilkan tiga lagi saksi.
RCI Wang Kelian: Lapan terma rujukan jadi teras - Arifin Zakaria
Arifin berkata pihaknya akan meneliti semua dokumen dan bukti serta menyiasat berkaitan dengan kes tersebut.
Peguam Negara: Tidak perlu asingkan perundangan dan kehakiman
Bagi Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, tujuan utama di sebalik pengekalan bahagian perundangan dan kehakiman dalam satu khidmat yang sama adalah bagi memastikan pegawainya serba boleh.
Tiga penerima anugerah 'Tun' tahun ini
Ketiga-tiga tokoh itu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.