Susulan berita pelakon aksi terkenal Jackie Chan yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi.

Tentu sekali para peminat pelakon yang popular di Hollywood ini tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah.

Antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin:





Sementara itu, ada juga yang tertanya-tanya tentang sumbangan Datuk Jackie Chan kepada Malaysia.





Pelakon berusia 60 tahun itu menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Turut menerima anugerah, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular dalam program Astro "Kalau Dah Jodoh".