Rebat telefon pintar sebanyak RM200 seharusnya diberikan untuk pembelian semua jenis telefon pintar.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pumuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin yang meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menghadkan rebat tersebut kepada telefon berharga RM500 sahaja.

Khairy menyatakan demikian ketika menjawab mesej pengikutnya di Twitter.

Beliau kemudian memberikan reaksi segera dalam mesej berikutnya kepada Menteri Peneranngan Datuk Seri Rais Yatim agar tiada had harga telefon pintar untuk rebat tersebut.

Khairy juga turut menyatakan Ucapan Bajet 2013 hanya menyebut mengenai pendapatan belia yang layak dan bukan harga telefon pintar.

SKMM sebelum ini mengelurkan kenyataan permohonan rebat berkenaan boleh dibuat bermula 1 Januari depan melalui laman web rasminya.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataan tersebut berjata had harga tersebut membantu golongan belia memiliki telefon pintar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 mengumumkan rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapat bulanan RM3,000 ke bawah.