KES demam denggi semakin menunjukkan trend peningkatan secara berterusan sejak enam minggu lalu.

Sejumlah 84 kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini berbanding 83 kes pada tahun 2019.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 11 peratus membabitkan mangsa yang lewat mendapatkan rawatan iaitu selepas tiga hari bergejala.

Astro AWANI kongsikan beberapa simptom demam denggi yang biasa dialami, sebagai refresher kepada anda yang mungkin terlupa atau terlepas pandang.

1. Pesakit biasanya mengambil masa di antara tiga dan 14 hari untuk mula mengalami gejala selepas digigit nyamuk Aedes

2. Demam secara tiba-tiba

3. Keletihan yang melampau

4. Sakit kepala yang teruk terutama di belakang mata

5. Sakit otot dan sendi

6. Hilang selera makan

7. Beberapa tanda lain seperti muntah, sakit perut, ruam atau pendarahan kecil di hidung dan gusi

Jika anda mengalami mana-mana simptom ini, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.