Berjaya Times Square menempa nama dalam Guinness World Records dengan mesin kapsul layan diri terbesar setinggi 9.82 meter.

Mesin yang dirancang sebelum direka dalam proses selama enam bulan dibina sempena sambutan sepuluh tahun pusat beli belah tersebut.

Ia disahkan pengadil rasmi Guinness World Records, Jack Brockband

Sebelum ini, Berjaya Times Square memegang rekod taman tema tertutup terbesar selain pernah membina replika kepala singa dan pohon bunga terbesar negara.

Dengan kejayaan itu, pusat beli belah berkenaan menawarkan 150 token percuma kepada pengunjung.

Mereka hanya perlu membelanjakan RM50 dalam satu resit bagi menebus token berkenaan.

Pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah daripada permainan mesin layan diri yang disediakan dan hadiah keseluruhan disediakan berjumlah RM500,000.