Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap seorang anggotanya yang menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap seorang 'Datuk Seri' yang menghadapi pertuduhan mencedera dan menyerang anggota Rela.
Pengarah Bahagian Operasi Rela Mohamad Razib Buhaini yang mewakili Rela membuat laporan itu berkata siasatan perlu dilakukan bagi memastikan jika terdapat unsur pelanggaran integriti atau rasuah kerana terdapat keraguan dalam keputusan yang diambil anggota Rela terbabit.
"Kita memohon bantuan daripada SPRM untuk menilai perkara ini demi menjaga nama baik jabatan," katanya kepada media ketika tiba di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Mohamad Razib berkata Rela meminta SPRM untuk meneliti perkara tersebut kerana terdapat unsur keraguan memandangkan anggota Rela itu secara tiba-tiba menarik diri daripada perbicaraan tersebut.
Menurutnya, tindakan anggota Rela itu, yang kini direhatkan daripada melaksanakan tugas, dibuat tanpa berbincang dengan pihak Rela terlebih dahulu dan pihaknya juga tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya susulan keputusan itu.
Pada 7 Sept lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas tanpa membebaskan seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Datuk Seri' daripada dua tuduhan iaitu mencedera dan menyerang anggota Rela yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan bahawa seorang daripada tiga mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis terhadap Liow Soon Hee, 30.
Norhashimah berkata penarikan laporan itu berikutan mangsa, yang juga pengadu dalam kes itu Melvin Cheong Mun Khai, 22, telah memaafkan tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Pada November tahun lalu, Liow Soon Hee, yang mengaku dirinya bergelar Datuk Seri dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang bagi empat pertuduhan berhubung kes memukul tiga anggota Rela. - Gambar fail
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri
Tertuduh didakwa guna dan menikmati gelaran tersebut pada surat permohonan kelulusan untuk anjur majlis ulang tahun persatuan itu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir
Difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.
Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud
Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.
Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000
Pihak Istana Negeri Selangor juga telah mengesahkan bahawa surat dikeluarkan suspek untuk diberikan kepada mangsa adalah palsu.
Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.
Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan
Semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing
Mohammed Al Faizal Mohammed mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak
Saarani dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Tipu urusan tender pembersihan DBKL: 'Datuk seri' ditahan - Polis
Lelaki berumur 26 tahun itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.