Pengakuan seorang gadis berusia 14 tahun yang diperkosa beberapa kali membawa kepada penangkapan
seorang remaja 15 tahun di Kampung Gersik, Kuching lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, insiden itu dipercayai berlaku beberapa kali di taman rekreasi berhampiran bangunan kerajaan negeri.

"Pada 25 Julai lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol sebanyak tiga kali oleh seorang remaja lelaki berumur 15 tahun," katanya pada Jumaat.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek sejak 2 Jun lalu.

Kata Ah Lek, laporan berhubung kes tersebut dibuat ahli keluarga mangsa.

"Pihak polis menjalankan siasatan sebelum menangkap suspek di rumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.