Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing

Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing
Ketika kejadian berlaku, mangsa Mohd Syarif Zulkifli, 13, dikatakan ke lokasi kejadian bersama adiknya. - Astro Awani
BESUT: Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Kampung Gong Duek, Besut.

Ketika kejadian berlaku, mangsa Mohd Syarif Zulkifli,13, dikatakan ke lokasi kejadian bersama adiknya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zamri Omar berkata seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada kira-kira jam 2.46 petang Ahad.

Mohd Zamri berkata usaha mengesan mangsa masih giat dilaksanakan.



Pihaknya turut  melakukan pencarian di kawasan permukaan sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang.