Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menolak rayuan terakhir Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana berkelakuan baik.
Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada September tahun lepas yang memerintahkan Muhammad Amirul, 19, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka sehingga berusuia 21.
Mahkamah Tinggi itu mengetepikan hukuman penjara setahun Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap buruh itu dan memerintahkan dia ditempatkan di pusat pemulihan akhlak itu.
Muhammad Amirul, dari Tumpat, Kelantan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen itu terhadap 14 tuduhan menghantar komen menghina Tunku Ismail menerusi akaun Facebook 'Miyo Castello', dengan niat ingin menyakiti hati Tunku Ismail dan institusi diraja Johor.
Peguamnya Hassan Abdul Karim memberitahu pemberita bahawa Muhammad Amirul telah dipenjarakan tiga bulan sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi, dan anak guamnya akan mencapai usia 21 tahun dalam tempoh satu tahun dan lima bulan.
Beliau berkata Muhammad Amirul juga akan menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat pemulihan akhlak itu.
Sebelum itu, Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney adalah tidak wajar dan tidak teratur mengikut undang-undang.
Menurutnya Muhammad Amirul juga kesal dengan perbuatannya dan insaf serta bersedia memohon maaf kepada Tunku Ismail.
Hakim Zawawi bertanya sama ada Amirul telah memohon maaf tetapi Hassan memberitahu bvahawa anak guamnya tidak diberi peluang berbuat demikian di Mahkamah Tinggi.
"Anda perlu ingat bahawa hukuman asal oleh Mahkamah Sesyen adalah setahun penjara,"kata hakim itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim pula meminta mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan ia tidak membuat sebarang kesilapan dalam keputusannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017
Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina TMJ kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka. - Gambar hiasan
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Remaja hina TMJ gagal rayuan, kekal di pusat pemulihan akhlak
Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina TMJ kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.