Rempuhan Ampang: Pemandu bas direman empat hari

Rempuhan Ampang: Pemandu bas direman empat hari
Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang dekat sini, Khamis lalu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. -Gambar fail
AMPANG: Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang dekat sini, Khamis lalu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata pemandu berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh bas yang dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Satu klip video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan turut tular dalam media sosial.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata hasil pemeriksaan awal mendapati pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis metamfetamin.

BACA: Pemandu bas RapidKL dibawah pengaruh dadah - Polis