Restoran 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup

Restoran 'berulat' di Teluk Kemang diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah restoran di Teluk Kemang ditutup selama dua minggu bermula hari ini berikutan pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor.

"Pemeriksaan mendapati tahap kebersihan sebanyak 62 peratus dan premis berkenaan diarah tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Selain itu, sebanyak empat notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM)," katanya dalam kenyataan di sini.

Hari ini tular di laman Facebook mengenai kejadian seorang pelanggan mengamuk di sebuah restoran berikutan ayam yang dimakan itu sudah berulat.

-- BERNAMA


Tag: restoran berulat, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali, Teluk Kemang, Seksyen 11 Akta Makanan, Peraturan Kebersihan Makanan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.