Tutup

Ribut: 467 rumah di Perlis dilapor rosak

Ribut: 467 rumah di Perlis dilapor rosak
Sebanyak 467 rumah di negeri ini dilapor rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda Jumaat malam. -Gambar hiasan
KANGAR: Sebanyak 467 rumah di negeri ini dilapor rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda Jumaat malam.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, berdasarkan laporan yang diterima sehingga 6 petang ini, sejumlah 303 rumah dilapor rosak di Kangar; 86 rumah di Arau; dan 78 rumah di Padang Besar.
Kejadian pokok tumbang dilapor di 11 lokasi di seluruh negeri dan sehingga kini kerja-kerja pembersihan giat dijalankan.

Jumlah kerugian masih dalam taksiran.
Hujan lebat disusuli angin kencang malam tadi, membadai beberapa negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak.

-- BERNAMA