Ribut Tropika Kalmaegi kini berada kira-kira 288 kilometer (km) ke timur laut Samar Island, Filipina.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, ia kini bergerak ke arah barat pada kelajuan 15km/j dengan kelajuan maksimum boleh mencapai 65km/j.

Berdasarkan pencerapan setakat pukul 8 malam tadi, jarak terdekat ribut itu adalah timur laut Sandakan di Sabah iaitu sejauh kira-kira 1,292km berbanding 1,405km pagi tadi.

Bagaimanapun pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA