Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Persatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia (RBS) diarah menilai kembali status fizikal semasa semua bangunan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut penting berikutan kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur bulan lalu.
Katanya kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah- Sekolah yang dipengerusikan beliau sendiri dan beberapa perkara telah diambil pertimbangan.
"Kita sudah bermesyuarat dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin termasuk memastikan piawaian setiap premis tahfiz, pondok pengajian serta penghuni termasuk anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua dipatuhi.
Saya mahu badan-badan profesional seperti RBS dan RISM mengambil inisiatif menilai kembali status fizikal setiap bangunan bagi mengelakkan kebakaran berlaku, " katanya ketika berucap pada majlis penyerahan rumah baharu mangsa kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang di sini hari ini.
Penyerahan kunci melibatkan 11 rumah terdiri daripada sembilan keluarga berketurunan India merupakan inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Anggota Parlimen Bagan Datuk.
Pembinaan semua unit rumah di atas plot tanah asal dengan keluasan 2.45 hektar itu menelan kos RM527,600 mula dibina hujung Mac lalu dan siap sepenuhnya enam bulan kemudian.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pemantauan dan penilaian keselamatan perlu diadakan secara berterusan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini terutama mengorbankan nyawa.
Mengenai majlis penyerahan rumah itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata ia jelas membuktikan komitmen kerajaan bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat.
Sementara itu, sambutan Deepavali kali ini amat bermakna bagi keluarga P. Ragu, 36, seorang buruh ladang kerana dapat menyambutnya di rumah baharu.
"Saya berasa sangat gembira apatah lagi tak lama lagi akan sambut Deepavali. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Zahid kerana tolong kami dapatkan rumah semula," katanya.
Kebakaran kira-kira pukul 11 pagi, 17 Nov tahun lalu memusnahkan 10 daripada 12 rumah, menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2017
TPM Zahid berkata tindakan tersebut penting berikutan kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur bulan lalu. - Gambar fail
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia
Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.
Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar
Kebakaran berlaku di tapak projek pembangunan semula The Mariners' Club yang terletak di daerah Tsim Sha Tsui pada Khamis malam.
Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki
Penemuan itu berlaku pada hari ketiga SAR dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang.
Rumah pekerja binaan musnah terbakar
Kebakaran berlaku di tingkat dua kawasan parkir yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.
Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan
Ketika kejadian, satu bunyi yang seakan bom meletup menyebabkan kawasan kejiranan bergegar dan bekalan elektrik terputus.
Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera
Pesuruhjaya Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.
Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan
Mayat lelaki warga emas lelaki ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk di tangga sebuah bangunan dalam pembinaan.
Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di sini, hari ini.