Berita baik buat penyimpan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan premium (SSP) tahun depan apabila jumlah keseluruhan ganjaran cabutan BSN SSP dinaikkan kepada RM20 juta, peningkatan RM2.3 juta berbanding jumlah tahun 2017 iaitu RM17.7 juta.

Malah, turut diperkenalkan Cabutan Remaja Istimewa dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM250 ribu, bererti lebih banyak peluang untuk memenangi ganjaran istimewa sekiranya menabung dengan BSN SSP.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, ia dilaksanakan bagi menggalakkan orang ramai khususnya anak muda untuk menabung selepas penerimaan maklum balas positif dengan peningkatan jumlah akaun tahun ini.

“Kalau dulu kita cuma buat program secara umum, kini kita wujudkan untuk remaja sebagai satu sektor yang kita sasarkan iaitu generasi baharu.

“Berdasarkan kajian kita, kebanyakan generasi baharu ini kurang maklum tentang SSP, sebab itu kita buat khas bukan sahaja untuk mereka memenangi hadiah semata-mata sebaliknya memupuk semangat menyimpan sewaktu usia muda," katanya dalam sidang media selepas majlis Cabutan BSN SSP bulan Disember 2017 di Menara BSN di sini hari ini.

Sehingga November 2017, BSN SSP mencatatkan lebih 2.9 juta penyimpan di seluruh Malaysia dengan nilai simpanan melebihi RM3.28 bilion.

Jumlah keseluruhan ganjaran Cabutan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) tahun depan dinaikkan kepada RM20 juta, peningkatan RM3.3 juta berbanding jumlah tahun 2017 iaitu RM17.7 juta.  Malah, turut diperkenalkan Cabutan Remaja Istimewa dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM250 ribu, bererti lebih banyak peluang untuk memenangi ganjaran istimewa sekiranya menabung dengan BSN SSP.  Kata Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani, ia terus sebagai salah satu cara menggalakkan lagi orang ramai khususnya anak muda untuk menabung selepas menyaksikan acara tahunan itu memberi impak positif dengan peningkatan jumlah akaun.  “Kalau dulu kita cuma buat program secara umum, kini kita wujudkan untuk remaja juga sebagai satu sektor yang kita sasarkan iaitu generasi baharu.  “Berdasarkan kajian kita, kebanyakan generasi baharu ini kurang maklum tentang SSP, sebab itu kita buat khas supaya secara tidak langsung bukan setakat untuk menang hadiah tetapi juga semangat menabung dipupuk dari peringkat bawah,” katanya dalam sidang media selepas majlis Cabutan BSN SSP bulan Disember 2017 di Menara BSN di sini hari ini.  Untuk tahun 2018, hadiah utama Cabutan Istimewa bernilai RM1 juta dikekalkan, sementara hadiah Cabutan Bulanan akan menjadi lima buah kereta Perodua MyVi 1.3L X yang akan diberikan kepada lima individu bertuah.  13 buah lagi kereta Produa MyVi 1.3L X ditawarkan untuk Cabutan Tempatan, selain turut ditambah hadiah saguhati Cabutan Bulanan iaitu hadiah pertama 10xBSN SSP RM5,000, hadiah kedua 50xBSN SSP RM500 dan hadiah ketiga 500xBSN SSP RM100, malah Cabutan Khas Remaja berupa hadiah 10xBSN SSP RM25,000 turut diperkenal.  Sebagai penutup tahun ini, gelaran Jutawan ke-12 bagi tahun ini menjadi milik Rozaimah binti Ahmad dari Selangor yang membawa pulang hadiah utama cabutan istimewa RM1 juta, manakala Mageswary a/p Ramachandran dari Perak meraih hadiah utama cabutan bulanan iaitu sebuah kereta Mercedes GLC.  Bagi cabutan remaja kategori khas, hadiah utama diperoleh Muhammad Aiman Iskandar Syah bin Hairee dari Selangor yang membawa pulang RM10,000, sementara kategori biasa dengan hadiah berupa sebuah telefon bimbit Apple iPhone 7 diberikan kepada 15 orang remaja bertuah.  Dalam majlis sama, turut diraikan para pemenang bulan November yang dijemput hadir iaitu Hoo Mei Yoong dari Perak yang memenangi hadiah utama RM1 juta bagi Cabutan Istimewa, Vuvarajan a/l Suppiah yang juga dari Perak yang meraih kereta BMW 318i bagi Cabutan Bulanan dan mathili a/p Manogran dari Pulau Pinang yang memenangi BSN SSP RM10,000 bagi Cabutan Remaja Kategori Khas.  Majlis cabutan dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang turut diiringi Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Untuk tahun 2018, hadiah utama Cabutan Istimewa bernilai RM1 juta dikekalkan, sementara hadiah Cabutan Bulanan akan menjadi lima buah kereta Perodua MyVi 1.3L X yang akan diberikan kepada lima individu bertuah.

Sebanyak 13 buah lagi kereta Produa MyVi 1.3L X ditawarkan untuk cabutan tempatan, selain turut ditambah hadiah saguhati cabutan bulanan iaitu hadiah pertama 10xBSN SSP RM5,000, hadiah kedua 50xBSN SSP RM500 dan hadiah ketiga 500xBSN SSP RM100, malah Cabutan Khas Remaja berupa hadiah 10xBSN SSP RM25,000 turut diperkenal.

Sebagai penutup tahun ini, gelaran jutawan ke-12 menjadi milik Rozaimah binti Ahmad dari Selangor yang membawa pulang hadiah utama cabutan istimewa RM1 juta, manakala Mageswary a/p Ramachandran dari Perak meraih hadiah utama cabutan bulanan iaitu sebuah kereta Mercedes GLC.

Bagi cabutan remaja kategori khas, hadiah utama diperoleh Muhammad Aiman Iskandar Syah bin Hairee dari Selangor yang membawa pulang RM10,000, sementara kategori biasa dengan hadiah berupa sebuah telefon bimbit Apple iPhone 7 diberikan kepada 15 orang remaja bertuah.

Dalam majlis sama, turut diraikan para pemenang bulan November yang dijemput hadir iaitu Hoo Mei Yoong dari Perak yang memenangi hadiah utama RM1 juta bagi Cabutan Istimewa, Vuvarajan a/l Suppiah yang juga dari Perak yang meraih kereta BMW 318i bagi Cabutan Bulanan dan Mathili a/p Manogran dari Pulau Pinang yang memenangi BSN SSP RM10,000 bagi Cabutan Remaja Kategori Khas.

Majlis cabutan dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang turut diiringi Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu boleh membuat simpanan BSN SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin teler automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan internet myBSN, selain saluran lain melalui Ejen Bank BSN.