Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen RM3.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding RM2.5 bilion pada 2018 dan ia merupakan baki keuntungan bersih bank pusat itu.
Laporan tahunan BNM 2019 memaklumkan bahawa bank pusat telah menjana keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM8.93 bilion berbanding RM7.52 bilion pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan jumlah (RM8.93 bilion) tersebut, BNM telah mengagihkan RM5.40 bilion kepada rizab risiko berbanding RM5 bilion pada 2018.
Rizab risiko ini bertindak sebagai penampan kewangan yang penting terhadap sebarang kesan kerugian luar jangka yang boleh berlaku akibat keadaan pasaran yang tidak menentu dan di luar kawalan bank.
"Keadaan pasaran yang tidak menentu termasuk pergerakan kadar faedah di Amerika Syarikat dan negara-negara ekonomi maju yang lain, turun naik pertukaran wang asing dan ketidaktentuan pasaran ekuiti global," menurut BNM dalam laporan itu.
Laporan itu turut menekankan bahawa bank turut terdedah kepada ketidaktentuan pertukaran mata wang asing disebabkan oleh pelaburan rizab adalah dalam mata wang antarabangsa manakala liabiliti bank adalah dalam ringgit.
Menurut BNM, badan tersebut tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan bagi membiayai operasi harian meskipun statusnya adalah sebagai badan berkanun.
"Operasi bank dibiayai oleh pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan bank dalam rizab antarabangsa negara,"kata BNM dan menurutnya ia telah menjana pendapatan bernilai RM11.13 bilion pada 2019 berbanding RM9.33 bilion pada 2018, selepas ditolak kos berkaitan pengurusan portfolio rizab antarabangsa dan kos menjalankan operasi monetari.
Daripada jumlah pendapatan itu, bank mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2.16 bilion pada 2019 berbanding RM1.77 bilion pada 2018 untuk mengurus dan mentadbir operasi harian (perbelanjaan berulang) dan projek jangka panjang, kata BNM.
Selain itu ia turut melibatkan operasi mata wang bank dan perbelanjaan untuk menyelenggara infrastruktur pembayaran negara.
Sehingga 31 Dis, 2019, jumlah aset BNM meningkat kepada RM451.6 bilion berbanding RM447.64 pada 2018 dan portfolio rizab antarabangsa berjumlah RM424.09 bilion, menyumbang 94 peratus kepada aset BNM.
Liabiliti bank pusat berpunca terutamanya daripada deposit institusi kewangan (RM163.71 bilion) manakala mata wang edaran sebanyak RM114.1 bilion.-BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
Menurut BNM, badan tersebut tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan bagi membiayai operasi harian meskipun statusnya adalah sebagai badan berkanun. Gambar fail/ AFP.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.