Seorang peniaga dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun, pada tiga tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Besut Wan Azimah Yaakob selepas tertuduh yang berusia 51 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun pada pertengahan Januari 2017, kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di Chalok, Setiu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mengulangi kesalahan sama pada akhir Januari dan April 2018 sekitar jam 11 malam dan 10 malam di lokasi yang sama.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan.
Manakala bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan 10 sebatan, bagaimanapun hukuman berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dan kedua.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman untuk pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.
Nur Fazlizai Ali
Tue Aug 18 2020
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun pada pertengahan Januari 2017. - Astro AWANI
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Pemandu lori dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual bagi maksud seksual terhadap mangsa, yang juga anak bongsunya.
Beri bayi 16 bulan dadah, pasangan kekasih ditahan
Sepasang kekasih ditahan selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi berusia 1 tahun 4 bulan yang dipercayai anak kandung mereka.
11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis
Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.
Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan di Mahkamah Sesyen Muar atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.
Ibu kandung, teman serumah didakwa dera anak perempuan
Dua wanita termasuk ibu kandung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas tuduhan mendera seorang remaja perempuan berusia 13 tahun pada Julai dan awal bulan ini.
Bapa rogol anak kandung dipenjara 30 tahun, enam sebatan
Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki video pornografi.
Che Nah reda, sambut Aidilfitri tanpa anak-anak
Lebih memilukan, menantunya sendiri telah menuduh Che Nah mencuri wang di dalam dompetnya.
Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.