KUALA LUMPUR :UMNO perlu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menegaskan, UMNO dalam masa perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.

“Ia tidak salah kerana UMNO sememangnya perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga jika mengikut Perlembagaan parti (3 tahun). Penggal 2018-2021 juga bakal berakhir.

“Walaupun ia tidak menyelesaikan 100 peratus masalah tetapi 60 peratus pun lebih baik daripada tiada langsung.

“UMNO perlu ‘total revamp’. UMNO perlukan pasukan ‘Avengers’, pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi diterima oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BACA: UMNO perlu bariskan pemimpin baharu selain Ahmad Zahid - Pemuda UMNO Pagoh

Menurutnya, beliau berpandangan lebih baik UMNO lakukan pemilihan semula tahun ini daripada "meminta Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berundur".

"Ia lebih baik dan molek," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin juga berpendapat pemilihan parti harus dipercepatkan demi kestabilan parti.

BACA: Segerakan pemilihan UMNO: Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju parti

BACA: UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri

“Sebagai pendokong demokrasi dan ahli yang hormat pada institusi, lebih baik kita tunggu sehingga pemilihan yang akan datang untuk ahli UMNO pilih sendiri siapa Presiden yang menjadi pilihan mereka.

“Saranan atau gesaan yang terbaik untuk semua ahli UMNO ketika ini ialah untuk mendesak Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) untuk mengadakan pemilihan parti pada tahun ini atau secepat mungkin,” ujarnya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang sebelum ini dilaporkan berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) berulang pada PRU15 nanti.


Politik | Tarik sokongan berlaku atas rasa kecewa - Annuar

Katanya, pengunduran mereka juga dilihat perlu bagi membawa perubahan dalam UMNO supaya parti terus releven sebagaimana slogan parti iaitu dulu, kini dan selamanya.

Kluster besar yang dimaksudkannya ialah orang lama yang sudah berpenggal-penggal jadi pemimpin dalam UMNO.