Harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei ini ditetapkan kekal seperti minggu lepas.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter, iaitu daripada RM2.80 seliter kepada RM2.81 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.08 seliter dan diesel kekal pada RM2.18 seliter.

Harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).