Bagi empat adiknya, Roshila Murni Rosli merupakan srikandi mereka dalam mengharungi ranjau kehidupan sebagai anak yatim piatu.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berusia 26 tahun itu kembali tersenyum untuk menyambut hari lebaran selepas dua tahun mengharung dugaan kehilangan ayah, Rosli Yusof pada 2016 dan emaknya Faridah Saad, setahun sebelum itu.
"Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Emak disahkan mengidap kanser payu dara peringkat keempat sebaik saja saya tamatkan pengajian pada 2014 dan tidak lama selepas itu, ayah pula diserang angin ahmar.
"Jadi, sebagai anak sulung bersedia atau tidak, saya terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada usia 23 tahun walaupun ketika itu saya mendapat tawaran bekerja di Terengganu sebagai jurulatih teakwando, namun saya tidak pernah menyesal menolaknya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengimbas kenangan menjaga ibu bapanya, beliau berkata pengalaman berulang alik ke hospital sepanjang 2015 hingga tahun lepas sangat bermakna buatnya dan adik-adik iaitu Roshila Awanis, 23, Effa Natasha dan Effa Narisha, 19, serta Muhammad ''Dee Sazali, 11.
"Pun begitu, saya tidak pernah rasa terbeban. Daripada menjaga emak dan ayah yang sakit serentak, adik-adik yang bersekolah dan dalam masa sama terpaksa bekerja mencari nafkah, semuanya saya lakukan tanpa sekelumit rasa beban.
Roshila berkata sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa berlaku dan ditempuhi termasuk kereta rosak, adik kembarnya yang ketika itu hendak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa bergilir-gilir ke sekolah dan beliau sendiri, perlu membahagikan masa di hospital dan berniaga nasi lemak untuk menambah pendapatan.
Malah katanya, beliau pernah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari hospital dan terpaksa membayar ganti rugi RM2,000 di saat keluarganya sangat kesempitan wang.
"Ujian datang bertimpa-timpa dan ramai yang tanya, mana saya dapat kekuatan untuk menguruskan kedua ibu bapa, empat adik-beradik serta nenek pada usia sebegitu terutama dengan pendapatan ketika itu hanya RM900.
"Apa yang saya lakukan ketika itu, hanyalah berfikiran positif. Kalau hari ini duit tidak ada, saya tawakal saja, percaya yang akan ada jalan penyelesaian. Saya cuba untuk selalu bersikap positif. Dengan menjaga mereka jugalah, saya matang dalam bersabar. Dalam masa sama, saya belajar mengenali sikap manusia terutama yang enggan membayar hutang," katanya.
Wartawan Sinar Harian di Kubang Pasu itu berkata ada satu peringkat dia juga pernah berputus asa apabila kehabisan wang untuk membeli susu yang menjadi makanan utama ayahnya.
"Tidak mengapa jika saya atau adik-adik tidak makan tetapi ayah bergantung sepenuhnya dengan susu. Saat itu, saya dan nenek betul-betul kehabisan wang. Apa yang terdaya saya lakukan, saya hanya beri ayah air kosong. Memang menitik air mata saya pada waktu itu dan buat pertama kali, saya betul-betul kecewa kerana tidak mampu melakukan sesuatu.
"Dalam masa sama, saya cuba menghubungi rakan-rakan ayah yang pernah berhutang dengannya namun semuanya sia-sia," katanya sebak.
Namun Roshila berkata perkara itu membuatkan dia semakin cekal untuk mencari nafkah dan mempercayai rezeki Allah SWT atas muka bumi ini luas sehingga nasib menyebelahinya apabila dia mendapat tawaran bekerja sebagai wartawan.
"Duit itu penting tetapi kasih sayang dan keikhlasan menjaga ayah dan ibu terutama ketika mereka sakit, melebihi segalanya. Walaupun raya tanpa ayah dan emak, tanpa kemewahan, hari lebaran bagi kami adik-beradik tetap meriah dengan cara kami tersendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2017
Roshila Murni (kanan) dan adik- adiknya iaitu (dari kiri) nenek, Rodziah Ahmad,69, Roshila Awanis, 23, Muhammad 'Dee Sazali, 11 dan (Dari kanan), Roshila Murni,Effa Natasha, 19 dan Effa Narisha, 19. - Foto Bernama
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Roshila srikandi terpilih buat adik-adiknya
Bagi empat adiknya, Roshila Murni Rosli merupakan srikandi mereka dalam mengharungi ranjau kehidupan sebagai anak yatim piatu.