Tutup

Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Rosmah tiba pada 8.50 pagi menaiki kereta jenis Proton Perdana, mengenakan pakaian dan berselendang hijau. - Gambar Twitter/@AfiezyAzaman
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dipercayai bagi menghadapi pendakwaan kes berkaitan penyelewengan projek tenaga solar sekolah di Sarawak.

Beliau tiba pada 8.50 pagi menaiki kereta jenis Proton Perdana, mengenakan baju kurung dan berselendang hijau.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum ketika diiringi masuk ke Mahkamah Sesyen 9 di sini, hari ini.

Hadir sama menemani Rosmah adalah anaknya, Ashman Najib. 
Semalam, Rosmah ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan selama dua jam, namun dibebaskan dengan jaminan badan pencegah rasuah itu.

Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.
Pada November tahun lalu, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.


Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



Tag: Rosmah Mansor, kes penyelewengan, Mahkamah Kuala Lumpur, Najib Razak, Ashman Najib, 1MDB, SPRM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.