Tutup

Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin

Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bagaimana pun berkata, pihaknya tidak ada maklumat berhubung perkara berkenaan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kementerian Kewangan akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan tertentu yang dibuat oleh kerajaan dan juga Kabinet berhubung pembayaran tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bagaimana pun berkata, pihaknya tidak ada maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Bila sudah ada keputusan keputusan tertentu untuk kita laksanakan sama ada kabinet atau kementerian dan dipersetujui kita akan melaksanakan keputusan yang dibuat itu.

“Kadang kadang cash flow management (pengurusan aliran tunai), ikut aliran tunai apa yang due ada keputusan kementerian akan akur dan laksanakan,”  katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan berkata Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan pembayaran royalti kepada Kelantan walaupun pada asasnya Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir bersetuju membayar tuntutan royalti.

Mohd Amar juga dilaporkan  berkata pembayaran royalti itu terhenti di Kementerian Kewangan dan mendakwa Kementerian Kewangan melengah-lengahkan pembayaran.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kewangan komited memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

"Tidak dinafikan masih wujud ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, namun katanya kementeriannya serta Jabatan Akauntan Negara akan meminimakan ketirisan itu melalui kawalan dalaman, kaedah dan arah serta sistem yang digunakan dalam jabatan," katanya.


Tag: Mahathir Mohamad, Mohd Amar Nik Abdullah, Menteri Besar, Kementerian Kewangan, Timbalan Menteri Kewangan, kabinet, kerajaan, Perdana Menteri, Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Besar Kelantan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.