Enam belas keluarga Tionghua di Kampung Baru, Jalan Kampung Masjid, Kuala Nerang menuntut ganti rugi selepas rumah yang diduduki hampir 70 tahun dirobohkan pada Mei, tahun lalu.
Menurut mereka, tiada seorang pun yang telah menerima apa-apa bayaran meskipun sudah sembilan bulan menanti.
Mereka turut kecewa kerana belum menerima sebarang maklum balas mengenai pampasan yang dituntut selepas ia dirobohkan bagi tujuan pembangunan.
Rata-rata mereka terpaksa menyewa rumah kerana tidak mampu membeli atau membina rumah di tempat lain.
“Sebelum dirobohkan kedai ini, kami sudah duduk hampir 70 tahun, zaman darurat lagi semasa pemutihan tu. Zaman Komunis tu kami dipindahkan ke sini. Masa tu tempat ni macam hutan,t etapi semenjak pekan baru Kuala Nerang diwujudkan, tempat ni jadi 'emas'
"Dia punya tanah semua naik jadi 'emas', satu kaki persegi jadi RM1,000. Rumah kedai di pekan baru tu pada harga asal RM160,000 sekarang sudah mencecah RM750,000… (naik) berapa kali ganda.
"Jadi maknanya mungkin dari segi itu mereka nampak harga nilai tanah ni begitu bernilai, jadi mereka pun halau kami macam halau kucing tak bagi apa-apa pampasan,” kata Ong Keen Thong, seorang penduduk di situ.
Penduduk sebenarnya akur dengan pembangunan yang akan dilakukan, cuma mereka mahukan ganti rugi yang setimpal untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Harapan saya tu boleh dapat pampasan dengan secepat mungkin. Sekarang ni saya tumpang kedai adik saya,” kata seorang lagi penduduk, Ong Siew Hoon pula.
Dakwa mereka, sebelum berpindah mereka sudah berjumpa dengan pegawai daerah bagi membincangkan hal berkenaan.
Namun, sehingga sekarang tiada sebarang khabar berita mengenai ganti rugi yang dituntut.
Pada 22 Mei tahun lalu, sebanyak 16 buah rumah termasuk lima buah rumah kedai dirobohkan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pembangunan di kawasan kampung tersebut.
Kebanyakan mereka tinggal di kampung itu hampir 70 tahun lalu di atas tanah milik kerajaan negeri yang yang berstatus sijil tumpang sementara (TOL).
Astro AWANI masih cuba mendapatkan komen daripada pegawai daerah berhubung isu berkenaan.
Salim Aziz
Sun Feb 18 2018
Sembilan bulan sudah menanti namun tiada seorang pun dari mereka yang menerima apa-apa bayaran.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.
Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak semalam.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Rampasan buku, mahkamah tolak permohonan 'Superman Hew' untuk ganti rugi RM1.4 juta
Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi taksiran ganti rugi.
Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai Siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan.
Lima pembuli, 4 pihak lain diarah bayar ganti rugi kepada bekas pelajar
Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Tingkatan Lima dan empat pihak lain membayar ganti rugi kepada seorang mangsa buli berusia 14 tahun.
Kes cuai khatan: Pemuda hanya peroleh ganti rugi RM123,556
Panel tiga hakim membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.