Sabah merekodkan pertambahan enam kes COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu adalah sebanyak 266 kes.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming dalam pautan di Facebooknya berkata, jumlah terbabit adalah melibatkan sebanyak 17 daerah di negeri ini.

"Setakat ini, Sabah mencatatkan peningkatkan enam kes dengan menjadikan jumlah keseluruhan 266 kes.

"Lima kes pulih COVID-19 dicatatkan melibatkan jumlah kumulatifnya adalah seramai 108 orang setakat ini," katanya.



Mengikut pecahan katanya, daerah Tawau direkodkan kes positif Covid-19 teramai setakat ini dengan jumlah 71 orang diikuti Lahad Datu (38) dan Kota Kinabalu (37).

Untuk rekod, Sabah telah mencatatkan tiga kes kematian pandemik Covid-19 di mana kes pertama adalah di daerah Tawau pada 25 Mac, diikuti Keningau (5 April) dan terbaru di Kota Kinabalu, pada Jumaat lalu.