Sabah, Sarawak akan bangunkan industri automotif

Sabah, Sarawak akan bangunkan industri automotif
Sabah mahu mejalinkan kerjasama dengan Sarawak bagi membangunkan industri automotif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
KUCHING: Sabah mahu mejalinkan kerjasama dengan Sarawak bagi membangunkan industri automotif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Katanya, kerajaan Sabah telah menganjurkan beberapa mesyuarat dengan operator automotif tempatan di negeri itu dengan kemungkinan untuk membangunkan sektor tersebut.
"Sekarang ini, kilang-kilang alat ganti telah dibangunkan di Kota Kinabalu, Sabah dan saya berharap beberapa komponen penting juga boleh dikeluarkan di Sarawak," katanya selepas memberikan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Mohd Shafie juga berkata, kerjasama untuk memajukan industri automotif boleh dilaksanakan memandangkan kedua-dua negeri itu mempunyai kepakaran modal insan.

Semasa pertemuan itu, Abdul Taib, yang menyifatkan Mohd Shafie sebagai seorang 'rakan karib dalam arena politik ", berkongsi pendapat mengenai isu-isu ekonomi global.

-- BERNAMA

Tag: Sabah, Sarawak, automatif, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Kota Kinabalu

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.


* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen