Syarikat Air Darul Aman (SADA) yakin dapat menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah menjelang tahun 2020 apabila projek menaik taraf lima loji rawatan di negeri ini siap sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata projek menaik taraf itu membabitkan Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Jenun Baru, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama.
"Pelaksanaan projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bekalan air terawat yang mencukupi, selamat dan bersih kepada penduduk negeri ini dan kita jangkakan bekalan air terawat ini cukup sehingga tahun 2040.
"SADA juga berharap dengan kerja menaik taraf lima loji rawatan ini, ia dapat menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah dan berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun supaya menjelang tahun 2020 tiada lagi isu bekalan air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Media-SADA di sini, malam tadi.
Katanya, untuk menjalankan kerja menaik taraf lima loji rawatan ini, ia melibatkan kos sebanyak RM928 juta.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata bermula Januari ini, pengguna domestik akan mendapat manfaat apabila penggunaan air 20 meter padu ke bawah yang melibatkan jumlah pembayaran di bawah RM10 tidak perlu membayar bil air seperti yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 12 Nov lalu.
"Namun, sekiranya pengguna mempunyai tunggakan bil sebelum ini, mereka perlu menyelesaikan pembayaran tersebut terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2018
SADA berharap kerja menaik taraf di lima loji rawatan dapat menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah. - Gambar hiasan
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SADA yakin masalah bekalan air selesai tahun 2020
Projek menaik taraf itu membabitkan Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Jenun Baru, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama.